Baikla. Selepas di fikir semasak2nya, qida dah pon buat keputusan. hope my result ni terbaik la. tak nak ada penyesalan kemudian hari. Qida terpaksa mengundurkan diri demi kebahagiaan dia. biarla qida berkorban. mungkin ada hikmahnya. tipula kalau qida dengan mudah buat keputusan ni. Allah je tau betapa peritnya perasaan qida ni. tapi sampai bila qida mesti sabar menanti benda yang belum pasti. dalam penantian tu beribu penyeksaan yang terpaksa qida tanggung. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. semoga keputusan yang qida buat ni dapat meringankan bebanan fikiran dia. mengalah bukan beerti kalah.
macam mana nak teruskan hidup tanpa dia? rindu masih membeku. sayang masih kepekatan dalam jiwa ni. tabahlah wahai lara aqida. andai dia jodoh yang telah ditetapkan untuk qida, walau dah terpisah, satu hari dia tetap jadi mlik qida. tapi kalau dia bukan la jodoh untuk qida, walau qida setia menunggu pon, dia tetap pergi menjadi hak orang lain.
okay, di sini qida nak share tips macam mana nak melupakan orang yang kita sayang.
First - Kalau ada facebook ke, twitter atau apa sekali laman sosial, sila la remove, unfollow atau block terus. jangan bagi dia dapat cari kita lagi. kalau dia dapat cari jugak, maknanya dia masih sayang kita dan mungkin dia jodoh kita kan. :)
Second - Buang semua picture2 sidia samada dalam phone ke, laptop, diary atau kat wall bilik. jangan bagi tinggal walau secebis.
Third - Buang no phone si dia. Buang semua conversation meseg. jangan ada tinggal walau sepatah ayat pon. Kalau perlu, tukar no.phone. jangan bagi dia peluang untuk contact kita lagi. dan sila kuatkan hati untuk tidak sesekali contact dia lagi walau apa alasan pon.
Forth - Tukar kerja. Macam qida, kerja satu tempat. tak mungkin boleh fokus kat kerja kalau dia adakan. tak kuat la nak hadapi. so, kalau dah bersedia dan dah dapat kerja baru, boleh la tukar kerja. jangan bagi dia peluang untuk jumpa dengan kita lagi.
Fifth - Pindah rumah. Kalau tinggal rumah sewa macam qida ni, boleh la pindah. cari rumah lain yang dia tak tau alamatnya. jangan bagi dia peluang untuk cari kita lagi.
Lastly - Delete semua memori kenangan bersama yang masih segar dalam ingatan. teruskan mencuba walau pon selalu pending dan hang. kuatkan hati dan selalu berdoa semoga Allah beri kemudahan segala urusan.
InsyaAllah ia berhasil, berkat kesabaran kita dan usaha yang tak putus2 berdoa memohon Allah mendengar rintihan kita. Selamat Mencuba !
( Padahal diri sendiri belum memcuba lagi.. huhu. amekla masa ye. chayokkk ! )
Ni meseg last dari si dia. ~Salam, mintak tlg sgt bg i masa. coz skng ni tgh pening sgt. xtau nak mcm mane dah. bg i setel satu2. keje lg nk setel kn. serabut. hrp u paham.
~Ye saya paham sgt. dan sebab tu jugak la saya terpaksa melepaskan awk pergi. awk xdpt buat kputusan sebab awk msh perlukan dia. tak pe, saya berkorban untuk dia. selamat tinggal dan semoga bahagia. :)
No comments:
Post a Comment