Qida pegang prinsip ni 'Everything happens for a reason'.
Di saat qida dilamar oleh kenalan lama, qida menolak untuk sekian kalinya. hal ini kerana, qida sedang mempertahankan hubungan dengan orang yang qida cinta dan sayang. semalam pada pukul 3.40 petang, dia ada call setelah berkali2 qida mendial untuk mengejutkan dia dari tidur lama di waktu cutinya. rindu. kami berbual lama sebelum dia memutuskan talian untuk mandi dan basuh kereta katanya. ok, qida membiarkan dia meluang masa di rumahnya.
qida ada send picha seperti kebiasaannya. send meseg. sampai ke malam tunggu dia reply tapi dia diam membisu. qida call, risau apa2 jadi. adik dia angkat phone, katanya abg dia tidur. ok, qida paham. biarkan dia tidur walau hati meronta2 rindu. qida ada send meseg suruh dia meseg kalau dah bangun. tapi.... sampai ke saat ni tiada khabar berita.
dan yang paling qida tak sangka bila qida perasan dia remove qida dari facebook dia. kenapa ??? terkejut sangat, apa salah qida ye... patotla dia senyap je kan. kenapa dia buat qida macam ni padahal dia dah janji tak kan persiakan qida. Ya Allah, qida kena hadapi semua ni walaupin berat. mohon kekuatan dariMu Ya Allah....
At least, kalau dia dah pon buat keputusan nak tinggalkan qida untuk bersama kekasihnya tu, dia patut say good bye. jangan gantung qida seperti ni. sedih sangat. seolah2 cinta yang selama ni kami semai langsung tak bermakna.
walaubagaimana pon qida terima dengan hati terbuka. mungkin ada hikmahnya. qida sedar kedudukan qida hanyala persinggahan dalam hidup dia. qida tak salahkan dia malah dah pon memaafkan. qida sentiasa doakan kebahagiaan dan kejayaan dia. tapi tipula kalau qida dengan mudah nak melupakan semua ni. tak mungkin !
biarkan qida pendamkan perasaan ni. biarkan qida terus2an rindukan dia. walaupun dia dah pergi, qida still mengharapkan keajaiban. semoga dia kembali. bertabahla wahai Lara Aqida.
~
No comments:
Post a Comment