Saturday, January 28, 2012

Anak Dara Mesti Rajin.

Keciwa lagi dan lagi. penantian satu penyeksaan. bila mana gaji yg kuharapkan keluar hari ni, postpone next week ye. musnah sekali lagi planning ku di hujung minggu ni. nampak gayanya, lepak di rumah jela sabtu ahad. ni. xpela, time ni la tunjukkan skill sbg seorang anak gadis yg berjaya. wah, bangun awal tau. good girl hehe.
lauk anak dara. kenapa? tak pecaya ke? :)
then, kemas rumah, facebook confirm tak leh tinggal. time cuti ni la, mula merapu2 kat wall tu. macam2 nak di postkan. lebih2 lagi jiwa tengah kacau ni. wah, what a surprise !!! qida masak.. hahaha.. lucu kan. jangan pandang sebelah mata. sapa kata qida tak boleh masak? tak rasa tak tau k. so, senyum sampai ke telinga la. 

~cuba melupakan, walaupun payah. go ! go ! qida. u can do it. thankz to ikha yg sentiasa di sisi mberi kata2 semangat n cuba mgembirakan hati yg terluka ni. 

Friday, January 27, 2012

Kebahagian Dalam Perpisahan

Niat hati nak mengundurkan diri. Dah send msg kat dia malam tadi. tapi petang ni kami jumpa. pung pang pung pang.. buat drama sekejap. pujuk rayu, rintihan bagai, bersatu lagi dan lagi. kenapa tah susah sangat nak melepaskan. Ya Allah, qida ni bukanla boneka. ada perasaan jugak bila dapat tau orang yang kita cinta sayangkan org lain. last2 dia bagi qida denga lagu permaisuri-data masa kat dalam kereta. dia ulang berkali-kali lirik ni ' hanya tuhan bisa memisahkan kita'. aduhaiiiiii
 

~Ya Allah berikanlah kebahagiaan aku bersamanya hingga menjadi yang sah. Amin.

Wednesday, January 25, 2012

Detik ini

Kerja qida hari2 setiap detik akan tengok phone. Padahal si dia tu memang tak akan call/ msg pon. sedar la qida !!! ni memang betul2 mderita namanya kan ?
Bila tengok situasi di sana, macam nak kalah je tapi bila fikir masak2, Lara Aqida tak boleh mengalah sebelum berjuang. chewahh :)
Kesimpulannya, walaupun qida betul2 mcintai si dia tapi qida rasa dia bukan untuk qida (kot la). untuk perempuan tu yg sedia lama menunggu si dia, qida rasa tak adil untuk si dia mencintai qida padahal ada perempuan lain yg lebih memerlukan cinta si dia tu. makin lama, makin rumit la. -___-

Tuesday, January 24, 2012

Tips Melupakan

 

Baikla. Selepas di fikir semasak2nya, qida dah pon buat keputusan. hope my result ni terbaik la. tak nak ada penyesalan kemudian hari. Qida terpaksa mengundurkan diri demi kebahagiaan dia. biarla qida berkorban. mungkin ada hikmahnya. tipula kalau qida dengan mudah buat keputusan ni. Allah je tau betapa peritnya perasaan qida ni. tapi sampai bila qida mesti sabar menanti benda yang belum pasti. dalam penantian tu beribu penyeksaan yang terpaksa qida tanggung. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. semoga keputusan yang qida buat ni dapat meringankan bebanan fikiran dia. mengalah bukan beerti kalah. 
macam mana nak teruskan hidup tanpa dia? rindu masih membeku. sayang masih kepekatan dalam jiwa ni. tabahlah wahai lara aqida. andai dia jodoh yang telah ditetapkan untuk qida, walau dah terpisah, satu hari dia tetap jadi mlik qida. tapi kalau dia bukan la jodoh untuk qida, walau qida setia menunggu pon, dia tetap pergi menjadi hak orang lain. 


okay, di sini qida nak share tips macam mana nak melupakan orang yang kita sayang. 

First - Kalau ada facebook ke, twitter atau apa sekali laman sosial, sila la remove, unfollow atau block terus. jangan bagi dia dapat cari kita lagi. kalau dia dapat cari jugak, maknanya dia masih sayang kita dan mungkin dia jodoh kita kan. :)

Second - Buang semua picture2 sidia samada dalam phone ke, laptop, diary atau kat wall bilik. jangan bagi tinggal walau secebis. 

Third - Buang no phone si dia. Buang semua conversation meseg. jangan ada tinggal walau sepatah ayat pon. Kalau perlu, tukar no.phone. jangan bagi dia peluang untuk contact kita lagi. dan sila kuatkan hati untuk tidak sesekali contact dia lagi walau apa alasan pon.

Forth - Tukar kerja. Macam qida, kerja satu tempat. tak mungkin boleh fokus kat kerja kalau dia adakan. tak kuat la nak hadapi. so, kalau dah bersedia dan dah dapat kerja baru, boleh la tukar kerja. jangan bagi dia peluang untuk jumpa dengan kita lagi. 

Fifth - Pindah rumah. Kalau tinggal rumah sewa macam qida ni, boleh la pindah. cari rumah lain yang dia tak tau alamatnya. jangan bagi dia peluang untuk cari kita lagi. 

Lastly - Delete semua memori kenangan bersama yang masih segar dalam ingatan. teruskan mencuba walau pon selalu pending dan hang. kuatkan hati dan selalu berdoa semoga Allah beri kemudahan segala urusan. 

InsyaAllah ia berhasil, berkat kesabaran kita dan usaha yang tak putus2 berdoa memohon Allah mendengar rintihan kita.  Selamat Mencuba ! 
( Padahal diri sendiri belum memcuba lagi.. huhu. amekla masa ye. chayokkk ! )

Ni meseg last dari si dia. ~Salam, mintak tlg sgt bg i masa. coz skng ni tgh pening sgt. xtau nak mcm mane dah. bg i setel satu2. keje lg nk setel kn. serabut. hrp u paham. 

~Ye saya paham sgt. dan sebab tu jugak la saya terpaksa melepaskan awk pergi. awk xdpt buat kputusan sebab awk msh perlukan dia. tak pe, saya berkorban untuk dia. selamat tinggal dan semoga bahagia. :)

Monday, January 23, 2012

Berakhir begini T_T

Qida pegang prinsip ni 'Everything happens for a reason'.


Di saat qida dilamar oleh kenalan lama, qida menolak untuk sekian kalinya. hal ini kerana, qida sedang mempertahankan hubungan dengan orang yang qida cinta dan sayang. semalam pada pukul 3.40 petang, dia ada call setelah berkali2 qida mendial untuk mengejutkan dia dari tidur lama di waktu cutinya. rindu. kami berbual lama sebelum dia memutuskan talian untuk mandi dan basuh kereta katanya. ok, qida membiarkan dia meluang masa di rumahnya. 
qida ada send picha seperti kebiasaannya. send meseg. sampai ke malam tunggu dia reply tapi dia diam membisu. qida call, risau apa2 jadi. adik dia angkat phone, katanya abg dia tidur. ok, qida paham. biarkan dia tidur walau hati meronta2 rindu. qida ada send meseg suruh dia meseg kalau dah bangun. tapi.... sampai ke saat ni tiada khabar berita. 
dan yang paling qida tak sangka bila qida perasan dia remove qida dari facebook dia. kenapa ??? terkejut sangat, apa salah qida ye... patotla dia senyap je kan. kenapa dia buat qida macam ni padahal dia dah janji tak kan persiakan qida. Ya Allah, qida kena hadapi semua ni walaupin berat. mohon kekuatan dariMu Ya Allah.... 
At least, kalau dia dah pon buat keputusan nak tinggalkan qida untuk bersama kekasihnya tu, dia patut say good bye. jangan gantung qida seperti ni. sedih sangat. seolah2 cinta yang selama ni kami semai langsung tak bermakna. 
walaubagaimana pon qida terima dengan hati terbuka. mungkin ada hikmahnya. qida sedar kedudukan qida hanyala persinggahan dalam hidup dia. qida tak salahkan dia malah dah pon memaafkan. qida sentiasa doakan kebahagiaan dan kejayaan dia. tapi tipula kalau qida dengan mudah nak melupakan semua ni. tak mungkin !
biarkan qida pendamkan perasaan ni. biarkan qida terus2an rindukan dia. walaupun dia dah pergi, qida still mengharapkan keajaiban. semoga dia kembali. bertabahla wahai Lara Aqida.
~Senyumla bila diri dilukai krn senyuman itu mlambangkan ketabahan diri seseorang. :)
 

Thursday, January 19, 2012

gadis rambut panjang

Sebenarnya hari ni sedih sebab semua planning masa cuti CNY nanti terpaksa dibatalkan. gaji dapat selepas cuti. Ok, redha. Don't worry, be happy..lalalala T_T

Plan dengan BFF nak pergi berjimba-jimba. selain pergi shopping, kami nak pergi saloon buat treatment rambut. puas kemain memikirkan fesyen rambut apa nak ubah sempena tahun baru ni. rambut sekarang ni dah panjang sangat. dah paras bawah pinggang. lebih kurang macam rambut pelakon Jue Aziz tu ha. 


Sememangnya kebanyakan lelaki suka perempuan yang berambut panjang kan ? nampak ayu2, ala2 perempuan melayu terakhir gitu. chewaahh hehe.
tapi untuk pengetahuan semua, si pemilik rambut panjang macam qida ni, mengistiharkan bahawa bukanla semudah yang disangka nak simpan rambut panjang. siyesly, qida start bela rambut dari tingkatan 5. sekarang umur da nak masuk 23 tahun. tolak tambah kira da dekat 6 tahun qida simpan rambut ni.tapi tiap 6 bulan sekali qida kena pergi saloon buat treatment. nak trim rambut yang rosak dan sebagainya. lagi satu, syampoo kalau ikutkan hari2 basuh rambut, xcukup sebotol sebulan tau. so, kos untuk rambut saja kena spend beratus-ratus ringgit. demi mahkota ku tersayang, sanggup la konon.
qida penah berangan nak rambut macam rapunzel tu. gila panjang. hehe
suka sangat. so, keputusannya, qida tak mau potong pendek rambut ni. trim bawah2 yang rosak tu je. pas tu nak wat fesyen cam sariyanti. my febret artis. masa study dulu dah penah buat macam ni. sweet je kan. ^_^

Sunday, January 8, 2012

Cinta Terlarang

Patut kah diri ni dilukakan lagi dan lagi ?

Walaupun dah berkali2 kecewa dalam bercinta, qida still tak serik2 lagi. pelik kan ? tapi kali ni qida terlibat dengan 'cinta terlarang'. Demi Allah, qida tak minta n cari cinta seperti ni tapi ia datang sendiri. qida jatuh cinta dengan BOS sendiri. pada mulanya qida ingat qida syok sendiri tapi hakikat sebenar si dia yang memulakan. si dia yang cuba menambat hati ni. yang menjadi masalah sekarang, dia dah pon berpunya. :(
sebenarnya dari lubuk hati yang dalam, qida sangat2 xsanggup nak merosakkan hubungan orang dan tak pernah terlintas di hati nak jadi seorang perampas. Maafkan qida. :(
bila qida cuba mengundurkan diri tapi dia cuba sedaya upaya menarik qida semula. harus bagaimanakah? patut ke qida lakukan PENGORBANAN ??
cinta ni anugerah, tak mungkin qida persiakan. tapi untuk teruskan rasa serba salah. dalam dilema. kalaula cinta ni hanya la untuk sementara seperti yang lepas2, qida PASRAH. biarla qida merasa bahagia ni walau pon untuk seketika cuma. dah nasib menumpang kasih pada yang dah berpunya. in reality, memang nampak dia lebihkan qida tapi hati tetap rasa cemburu bila memikirkan dia masih menghubungi si 'madu' tu. dia tamak. dia masih tak mampu buat keputusan untuk memilih. dia suruh qida faham dan bagi dia masa. tapi sampai bila ?? berbulan2 atau bertahun2.... selama masa itu la qida menyeksa diri untuk menunggu sebuah jawapan yang pasti. 
Look. sekarang dia selalu call qida. malam2 pon. i will be the girl who could stay on the phone for hours just listening to his voice. doesn't matter if a clock shows 3 a.m. it's a LOVE. 

~  rindu ! rindu ! rindu !
dia dengar, sebab tu dia call qida. walaupun dia busy mengalahkan Dato' tapi dia tetap ingat qida. Alhamdulillah. Kalaula qida ada sayap, qida akan terbang kat dia untuk pastikan dia baik2 saja. kalaula qida ada kuasa, qida akan bantu dia sedaya upaya. jadi, apa yang mampu qida buat untuk dia cuma memahami dan sabar dengan komitmen kerja dia. kalau ini pengorbanan untuk kami, qida sanggop pertahankan. 
sayang kamoo Dato' s.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...