Tuesday, February 15, 2011

Kepergiaanmu Rasulullah


Selamat Menyambut Maulidur Rasul..

Maulidur Rasul yg jatuh pd hari Selasa 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 15 Feb  1432H merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.. ari yg sgt2 special.. pagi2 sy dengar muslimin n muslimat bselawat ke atas nabi.. sgt meriah.. perarakan yg sgt mharukan.. sygnye sy xmnyertai..huhu
ari ni musti sume org bcuti kan.. bosan x.. ape aktiviti u all bt ek.. sy? sy ni ape lg duk dlm bilik.. ngadap lappy ni la.. sy bvemma.. selingan je byk sbnrnye.. sy hias blog sy.. da improve.. bgga rse nye.. 2la, kn try n error.. tau x ape dlm fikiran sy ni.. sy teringin sgt hias bilik sy cantik2.. 2,3 ari ni asyek tgok dekorasi bilik tido je.. cntik2.. dgn aksesori yg comey2.. bley ke nk cat bilik ek? xpela nnt try tanye ngn kakak2 ni la.. sy ni kreatif tau.. ok2.. back 2 d main story..
sy nk ceritakan kisah nabi muhammad sbenarnya.. lebih kpd nasihat nabi pd anak2 gadis.. jom kita dengar..

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.

Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.
Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.
Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.
Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala.
Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu.
Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup.
Begitulah wahai kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya.
Mengapa kita tidak menirunya?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...